{52}
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Perhatikan
lah gunung itu !
2. Dan
kitab yang tertulis.
3. Dikulit
halus yang terhampar !
4. Dan rumah
yang dimakmurkan !
5. Dan
bumbung yang tinggi !
6. Dan laut
yang mendidih !.
7.
Sesungguhnya azab Tuhan mu, tentu akan tiba.
8. Tidak
ada siapa pun yang bisa menolaknya.
9. Pada
hari yang langit itu akan bergoncang sungguh-sungguh.
10. Dan
akan berjalan gunung-gunung dengan luar biasa.
11. Maka
kecelakaan pada hari itu (akan mengenai) orang-orang yang mendustakan.
12. Yang
bermain-main dalam kesesatan mereka.
13. Pada
hari yang mereka dihumbankan dengan bengis ke neraka jahanam.
14.
(Dikatakan); “inilah api neraka yang
pernah kamu dustakan nya”.
15. “Maka
apakah ini seher, atau kah kamu tidak melihat (tentang ini) ?”.
16.
“Masuklah kedalam nya, maka boleh kamu sabar dan boleh kamu tidak sabar,
(ini) sama sahaja atas kamu, kerana kamu
tidak dibalas melainkan (dengan) apa
yang pernah kamu kerjakan”.
17.
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti itu (adalah) dalam kebun-kebun dan
nikmat.
18. Dalam
keadaan mereka bersenang-senang dangan apa yang Tuhan mereka berikan kepada
mereka, dan Tuhan mereka pelihara mereka dari azab neraka.
19.
(Dikatakan); “makan dan minumlah dengan enak, (balasan bagi) apa-apa yang
pernah kamu kerjakan”.
20.
Dengan keadaan bersandar atas singgah-sana singgah-sana yang diatur berbaris,
dan kami jodohkan mereka dengan
bidadari-bidadari.
21. Dan
orang-orang yang beriman dan di ikuti oleh anak cucu mereka tentang iman (itu),
kami akan hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, serta kami tidak kurangkan
sedikit pun dari amal mereka, (pada hal) tiap-tiap seorang bergantung dengan
apa yang ia telah usahakan.
22. Dan
kami tambah untuk mereka, buah-buahan dan daging dari (jenis) apa-apa yang
mereka ingini.
23.
Didalam syurga itu mereka idarkan (diantara mreka) piala yang tidak ada sia-sia
padanya dan tidak perbuatan dosa.
24. Dan
akan melayani mereka bujang-bujang mereka yang (bersifat) seolah-olah menara
yang tersimpan.
25. Dan
sebahagian mereka mendatangi sebahagian yang lain, betanya-tanyaan.
26.
(Sebahagian dari) mereka berkata; “sesungguhnya dahulu kami pernah khuatirkan
(azab menimpa) pada keluarga kami”.
27.
“Tetapi Allah beri (taufik) atas kami dan ia peliharakan kami dari azab yang
sangat panas”.
28.
“Sesungguhnya kami, dahulunya pernah berdoa kepadanya, kerana sesungguhnya
Allah itu, ialah yang banyak berbuat kebaikan, panyayang”.
29. Oleh
kerana itu, ingatlah, sebab dengan nikmat Tuhan mu, bukanlah engkau tukang
tenung dan bukan (pula) orang yang gila.
30.
Ataukah mereka berkata; “(ia) seorang ahli seher yang kita tunggu-tunggu waktu
kecelakaan untuknya?”
31.
Katakan lah; “tunggulah ! sesungguhya aku dari (golongan) orang-orang yang
menunggu bersama-sama kamu”.
32.
Apakah fikiran-fikiran mereka menyuruh mereka (berkata) ini, ataukah mereka
satu kaum yang melewati batas ?.
33.
Ataukah mereka berkata; “ia yang mengadakan?” bahkan mereka tidak beriman.
34. Maka
cubalah mereka membuat satu rangkaian sepertinya, jika ada mereka orang-orang
yang benar.
35. Ataukah
mereka dijadikan dari tidak ada ? ataukah mereka yang menjadikan ?
36.
Ataukah mereka yang membuat langit-langit dan bumi ? (bukan) bahkan mereka
tidak berkeyakinan.
37.
Ataukah mereka mempunyai perebendaharaan-perbendaharaan Tuhan mu ? ataukah
merekalah yang berkuasa ?
38.
Ataukah mereka mempunyai tangga yang mereka bisa mendengarkan dengan
perantaraan nya ? maka cobalah pendengar mereka itu bawakan keterangan yang
nyata.
39.
Ataukah buat dia anak-anak perempuan, sedang buat kamu anak-anak laki-laki ?
40.
Ataukah engaku minta upah dari mereka sehingga mereka (merasa) dibuatkan dengan
satu upahan?.
41.
Ataukah mereka mempunyai (pengetahuan tentang perkara) yang ghaib sehingga
mereka menulisnya ?
42.
Ataukah mereka mahu menipu dia ? maka orang-orang yang tidak mahu percaya
itulah yang akan ditipu daya.
43.
Ataukah mereka mempunyai tuhan selain dari Allahh ? maha suci Allah dari
apa-apa yang mereka sekutukan !
44. Dan
umpamanya mereka melihat sebahagian dari langit gugur, mereka akan berkata;
“ini (adalah) awan yang ditompok”.
45.
Lantaran itu, biarkan lah mereka sehingga mereka menemui mereka menemui hari
mereka yang padanya mereka akan binasa.
46.
(Iaitu) hari yang tipu daya mereka tidak akan memberi faedah kepada mereka, dan
tidak pula mereka diberi kemenangan.
47. Dan
sesungguhnya bagi orang-orang yang menganyayai (diri) itu, (ada) azab selain
itu, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
48. Dan
tunggulah hukum Tuhan mu (atas mereka), kerana sesungguhnya engaku dalam
pemiliharaan kami, dan berbaktilah dengan memuji Tuhan mu ketika engaku bangun
pagi.
49. Dan hendaklah engkau berbakti kepada nya
disebahagian dari malam dan diwaktu ghaib bintang-bintang. [Ulasan][Penutup][Previous][Next]
.
No comments:
Post a Comment